A yearning


A poem for those days when I'm aspiring, yearning, wanting something more, written by a gifted painter, poet, sculptor, and printmaker, Latiff Mohidin, who writes poetry and prose that my heart cries for.


kalau kau mahu

kalau kau mahu
ada langit biru yang lain birunya
ada awan putih yang lain putihnya
ada cara lain merenung purnama
matahari ungu di musim kelima
pagi yang lain sinarnya
malam yang lebih pekat hitamnya
pejamkan matamu sebentar
di sini kita bernafas tanpa kalendar
ingat tangis pertama disertai ketawa
manisnya pedihnya bila mulut dibuka
akan kukirim seekor rama-rama
dari desa tak pernah ditimpa cahaya
atau segenggam kapur biru
dari gua digali dengan kuku dan lagu
sungguh akan kukirim padamu
kalau kau mahu
sebuah perahu tanpa nombor dan waktu
naiklah teman-teman tak beribu
ada pulau biru yang lain birunya.

latiff mohidin
hong kong, julai 1970

Photo by Luis Quintero on Unsplash

Comments

Popular posts from this blog

The last long farewell

Opposed

The star architect of Malaya